CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

RANCANGAN PENGAJARAN

Kelas

Bestari

Tarikh

10 Februari 2009

Masa

10.30 – 11.00 pagi

Bilangan pelajar

20

Komponen

Kreativiti dan estetika

Tema

Haiwan di zoo

Tajuk

Bunyi haiwan

Hasil pengajaran (Kurikulum)

3.1.2 Mengecam bunyi haiwan

Objektif umum

Pada akhir pengajaran, kanak-kanak dapat :

a. Mengecam dan membeza bunyi haiwan.

Objektif khusus

Pada akhir pengajaran, kanak-kanak dapat :

a. Mengecam bunyi-bunyi haiwan.

b. Membezakan bunyi-bunyi haiwan.

Pengetahuan sedia ada pelajar

Pelajar sudah mengenal nama dan fizikal haiwan

Bahan-bahan

Video, kad gambar (harimau, ular, kuda, gajah, dan

burung hantu), lirik lagu ‘bunyi haiwan’ dan blog.

Komponen Integrasi

Sosioemosi, kognitif, fizikal, serta bahasa dan

komunikasi

LANGKAH PENGAJARAN

Langkah/

Masa

Kandungan Pengajaran

Aktiviti Guru

Aktiviti Pelajar

Nota

Set Induksi

( 3 minit )

Tayangan video

Guru menunjukkan video haiwan-haiwan yang terdapat di dalam sebuah zoo kepada kanak-kanak. Guru bersoal jawab tentang haiwan-haiwan yang terdapat di dalam video.

Kanak-kanak melihat video yang ditunjukkan oleh guru dengan teliti. Kanak-kanak bersoal jawab dengan guru tentang haiwan yang terdapat di dalam video

Lampiran 1-video dan contoh soal jawab

Langkah 1

( 3 minit )

Mendengar bunyi

Guru meminta kanak-kanak melihat dan mendengar bunyi-bunyi haiwan yang ditunjukkan oleh guru.

Kanak-kanak melihat dan mendengar bunyi-bunyi haiwan yang ditunjukkan oleh guru.

Bunyi haiwan-harimau, ular, kuda, gajah, dan burung hantu.

Langkah 2

( 2 minit )

Mengambil tempat

Guru meminta kanak-kanak duduk di tempat komputer masing-masing.

Kanak-kanak duduk di tempat komputer masing-masing.

Blog telah dipaparkan di skrin komputer.

Langkah 3

( 8 minit )

Aktiviti blog

Guru meminta kanak-kanak mengecam bunyi haiwan yang terdapat di dalam blog.

Kanak-kanak mengecam bunyi haiwan yang terdapat di dalam blog

Langkah 4

( 2 minit )

Pembahagian kumpulan

Guru mengagihkan kad haiwan (kuda, harimau, gajah, burung hantu dan ular) kepada kanak-kanak. Guru meminta kanak-kanak membentuk kumpulan mengikut kad haiwan yang diperoleh.

Kanak-kanak menerima kad haiwan dan membentuk kumpulan mengikut kad haiwan yang diperoleh.

5 kumpulan dibentuk (kuda, harimau, gajah, burung hantu dan ular)

Langkah 5

( 2 minit )

Melakonkan aksi dan bunyi haiwan

Guru meminta setiap kumpulan melakonkan aksi dan bunyi haiwan mengikut kad haiwan yang dimiliki oleh kumpulan masing-masing.

Setiap kumpulan melakonkan aksi dan bunyi haiwan mengikut kad haiwan yang dimiliki oleh kumpulan masing-masing.

Langkah 6

( 8 minit)

Aktiviti diulang

Guru meminta setiap kumpulan bertukar kad haiwan dan langkah 5 diulang.

Setiap kumpulan bertukar kad haiwan dan langkah 5 diulang.

Penutup

( 2 minit )

Menyanyi lagu ‘

Guru bersama kanak-kanak menyanyikan lagu ‘bunyi haiwan’.

Kanak-kanak menyanyikan lagu ‘bunyi haiwan’ bersama guru.

10 January 2009

MENGENAL ABC


0 comments:

Post a Comment