CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

RANCANGAN PENGAJARAN

Kelas

Bestari

Tarikh

10 Februari 2009

Masa

10.30 – 11.00 pagi

Bilangan pelajar

20

Komponen

Kreativiti dan estetika

Tema

Haiwan di zoo

Tajuk

Bunyi haiwan

Hasil pengajaran (Kurikulum)

3.1.2 Mengecam bunyi haiwan

Objektif umum

Pada akhir pengajaran, kanak-kanak dapat :

a. Mengecam dan membeza bunyi haiwan.

Objektif khusus

Pada akhir pengajaran, kanak-kanak dapat :

a. Mengecam bunyi-bunyi haiwan.

b. Membezakan bunyi-bunyi haiwan.

Pengetahuan sedia ada pelajar

Pelajar sudah mengenal nama dan fizikal haiwan

Bahan-bahan

Video, kad gambar (harimau, ular, kuda, gajah, dan

burung hantu), lirik lagu ‘bunyi haiwan’ dan blog.

Komponen Integrasi

Sosioemosi, kognitif, fizikal, serta bahasa dan

komunikasi

LANGKAH PENGAJARAN

Langkah/

Masa

Kandungan Pengajaran

Aktiviti Guru

Aktiviti Pelajar

Nota

Set Induksi

( 3 minit )

Tayangan video

Guru menunjukkan video haiwan-haiwan yang terdapat di dalam sebuah zoo kepada kanak-kanak. Guru bersoal jawab tentang haiwan-haiwan yang terdapat di dalam video.

Kanak-kanak melihat video yang ditunjukkan oleh guru dengan teliti. Kanak-kanak bersoal jawab dengan guru tentang haiwan yang terdapat di dalam video

Lampiran 1-video dan contoh soal jawab

Langkah 1

( 3 minit )

Mendengar bunyi

Guru meminta kanak-kanak melihat dan mendengar bunyi-bunyi haiwan yang ditunjukkan oleh guru.

Kanak-kanak melihat dan mendengar bunyi-bunyi haiwan yang ditunjukkan oleh guru.

Bunyi haiwan-harimau, ular, kuda, gajah, dan burung hantu.

Langkah 2

( 2 minit )

Mengambil tempat

Guru meminta kanak-kanak duduk di tempat komputer masing-masing.

Kanak-kanak duduk di tempat komputer masing-masing.

Blog telah dipaparkan di skrin komputer.

Langkah 3

( 8 minit )

Aktiviti blog

Guru meminta kanak-kanak mengecam bunyi haiwan yang terdapat di dalam blog.

Kanak-kanak mengecam bunyi haiwan yang terdapat di dalam blog

Langkah 4

( 2 minit )

Pembahagian kumpulan

Guru mengagihkan kad haiwan (kuda, harimau, gajah, burung hantu dan ular) kepada kanak-kanak. Guru meminta kanak-kanak membentuk kumpulan mengikut kad haiwan yang diperoleh.

Kanak-kanak menerima kad haiwan dan membentuk kumpulan mengikut kad haiwan yang diperoleh.

5 kumpulan dibentuk (kuda, harimau, gajah, burung hantu dan ular)

Langkah 5

( 2 minit )

Melakonkan aksi dan bunyi haiwan

Guru meminta setiap kumpulan melakonkan aksi dan bunyi haiwan mengikut kad haiwan yang dimiliki oleh kumpulan masing-masing.

Setiap kumpulan melakonkan aksi dan bunyi haiwan mengikut kad haiwan yang dimiliki oleh kumpulan masing-masing.

Langkah 6

( 8 minit)

Aktiviti diulang

Guru meminta setiap kumpulan bertukar kad haiwan dan langkah 5 diulang.

Setiap kumpulan bertukar kad haiwan dan langkah 5 diulang.

Penutup

( 2 minit )

Menyanyi lagu ‘

Guru bersama kanak-kanak menyanyikan lagu ‘bunyi haiwan’.

Kanak-kanak menyanyikan lagu ‘bunyi haiwan’ bersama guru.

28 February 2009

KLIK pada gambar

untuk mendengar

bunyi haiwan




Pilih GAMBAR

yang sama

dengan bunyi






KLIK di bawah

untuk permainan

bunyi yang lain


Myspace Glitter Text - http://www.glittergraphictext.com




Glitter Text - http://www.glittergraphictext.com

54 comments:

anis ayuni mohmad said...

pada pendapat saya, aktiviti yang dipilih adalah sesuai dengan kanak-kanak. untuk penambahbaikan, saya cadangan supaya jawapan yang "salah" dan "betul" di"link"kan kepada grafik atau ikon yang lebih menarik. hal ini kerana, link yang sedia ada adalah kurang menarik. Walau bagaimanapun, permainan tambahan yang disediakan adalah menarik dan sesuai dengan tahap kanak-kanak. permainan 1 sesuai bagi kanak-kanak yang masih lemah dan permainan 2 sesuai bagi kanak-kanak yang sudah boleh menguasai topik ini.

Anonymous said...

satu RP yang bagus. kanak- kanak ada pengalaman menggunakan komputer. tapi mungkin boleh tukar warna tulisan dan gunakan tulisan yang lebih besar. gunakan huruf kecil dalam memberi arahan. contohnya di 'KLIK DI BAWAH ...'.mungkin boleh tukar huruf kecil.apa pun syabas dan taniah.

Nur Farhana Mohd Radzi said...

salam, hai geng...erm best masuk blog kumpulan mira, bnyk info yang berguna untuk kanak2. Aktiviti yang dipilih sesuai dengan HP dipilih mengecam bunyi haiwan...tayangan video tentang haiwan, guru minta kanak-kanak melakonkan aksi dan bunyi haiwan, banyak permainan dan dapat menghiburkan hati kanak-kanak yang bermain. kanak2 dpt dgr bunyi dan mengecam bunyi dengan jelas. jadi dapat meningkatkan daya pendengaran kanak-kanak.

Nadim said...

permainan 1 yang disertakan juga menarik kerana kanak-kanak dapat meningkatkan daya pengecaman mereka terhadap bunyi-bunyi haiwan. walau bagaimanapun, saya beranggapan bahawa permainan kedua kurang memberi kesan kepada kanak-kanak kerana berdasarkan RP anda, anda mengajar kanak-kanak dalam BM.manakala, jawapan dalam permaianan 2 adalah dalam BI. saya rasa sekiranya anda mengajar kanak-kanak dalam BI, barulah permainan 2 ini memberi kesan.

WANZA said...

hye..mira, sue, fie dan ti...rp yang di sediakan menarik sebab kanak-kanak teransang dengan bunyi-bunyian...tapi lagi elok kalau selepas memperdengarkan bunyi, minta kanak-kanak teka bunyi yang mereka dengar so that lepas tu cikgu akan memberitahu jawapan sebenar utk setiap bunyi... hmm lg 1, perkaitan antara bunyi dengan perlakuan tak brapa jelas. kaedah pemilihan yang boleh dibuat oleh kanak-kanak bagus sebab kita bagi peluang kepada kanak-kanak memilih apa yang dia suka...hmmm... untuk peneguhan, penggunaan perkataan tidak sesuai, klu boleh gunakan ikon atau animation atau kalau nak guna perkataan guna perkataan seperti cuba lagi, selamat berjaya dan sebagainya.

Nurul Syuhada' Binti Mohd Saad said...

salam.....tema haiwan memang agak menarik jika diketenghakan....untuk aktiviti meneka bunyi itu..lebih baik menggunakan icon yang boleh menunjukkan bahawa jawapan yang kanak-kanak itu pilih betul berbanding perkataan "betul"...kanak-kanak tidak semua sudah menguasai bacaan....dan permainan yang disediakan menarik dan bersesuaian dengan tema...sekian...tahniah..selamat maju jaya...

azura said...

salam..RP kumpulan ini menarik dengan tema haiwan..aktiviti juga dapat menarik kanak-kanak kerana dapat mendengar bunyi haiwan dan meneka haiwan tersebut..ini dapat menguji pengamatan pendengaran kanak-kanak. aktiviti seterusnya juga menarik kerana kanak-kanak dapat belajar bunyi haiwan dalam aktiviti.

yinwey_lim said...

hi,
bagus sebab dalam akti soal jawab tu, klik jawapan betul atau salah akan keluar perkataan "betul"atau "salah". ini adalah satu idea yang bagus..tetapi kalau boleh, permainan tu match dengan pengajaran lagi bagus...permainan 1 mempunyai haiwan ternakan dan bukan haiwan di zoo..

Denise said...

Bagus RP ini sebab membolehkan kanak-kanak melatih untuk pendengaran aktif. Bagi link permainan 1 tidak sesuai kerana hanya ada 2 bunyi untuk haiwan di zoo (gajah dan beruang sahaja) yang lain itu binatang domestik. Try to find others. Permainan 2 bagus. Tulisan dalam blog ada yang kelihatan tenggelam. Cuba baiki dengan colour lain dan font yang besar. Sekian.

chengoh said...

salam
leson plan menarik
aktiviti pn quite good
tp tuk jwpan yg btul tue..
mybe cikgu boleh letak simbol hepi n sad
ado kk yg xboleh membaca lagi

ice said...

Syabas..template yang agak menarik minat kanak-kanak.Rp ini juga bagus kerana boleh memupuk kemahiran mendengar kanak-kanak. Saya juga suka pada link yang menunjukkan seperti "salah/ betul".kerana tulisan besar dan nampak. Tetapi, jika tambah lagi gambar gembira untuk betul dan sedih untuk salah lagi bagus. Saya juga suka pada gambar-gambar yang boleh bergerak, boleh menarik perhatian.
permainan sangat seronok, saya suka.
tetapi permainan 2, saya rasa agak susah sikit.
ok, sekian. Thanks:)

shim said...

Salam..RP yang menarik kerana adanya gambar animasi yang bergerak-gerak dan bunyi-bunyian.Tetapi kandungan yang dilinkkan adalah dalam Bahasa Inggeris sedangkan pengajaran dalam Bahasa Melayu.Perkataan betul atau salah boleh digantikan dengan mimik muka.Yang lain okey.Papepun tahniah kerana berjaya menghasilkan RP yang menarik dan menyeronokkan ini.

Anonymous said...

asalamualaikum... pada pendapat saya, rancangan pengajaran bagi kumpulan ini menarik minat kanak-kanak. aktiviti-aktiviti yang disediakan juga menarik, mudah dan sesuai untuk kanak-kanak.Kanak-kanak dapat mempelajarinya dengan mudah. secara keseluruhannya, rancangan pengajaran bagi kumpulan ini baik, bermakna dan dapat berkongsi bersama.

I'me said...

salam...rp yg menarik tp bg pendpt sy kan meera, bunyi bg setiap gambar akan ,membuatkan knk2 leka dgn bunyi dan tak kan fokus pd arahan yg dikehendaki..mungkin selain bunyi haiwan pd gambar, bunyi tepukan sekiranya betol dpt digunakan..sekadar memberi pandgn..salam..

almurni said...

salam...

pemilihan warna yang menarik... waaaaa.. nampak ceria.. aktiviti kumpulan anda juga menarik. pada pendapat saya mampu menarik minat kanak-kanak. pada pendapat saya, kanak-kanak boleh memahami dengan menggunakan mimik muka gembira bagi yang betul dan mimik muka sedih bagi yang salah. selain itu, anda juga boleh menggunakan bunyi tepuk tangan bagi yang berjaya menjawab dengan betul.

NaNa Nyomey said...

hai mira n da gang..RP yang menarik sebab bunyi-bunyian mampu meransang tumpuan kanak-kanak. untuk penambahbaikan, mungkin perkataan betul dan salah tu boleh diganti dengan simbol pangkah dan betul. kalau tak pun boleh juga tunjuk animation tepuk tangan kalau betul dan menangis kalau slah. hehe...tapi semuanya ok tau..buubye..sayonara.

ღerYmaღ said...

salam.. RP anda menarik.. template yang anda gunakan juga ceria... ikon dan gambar haiwan beranimasi, sudah pasti menarik minat kanak-kanak untuk meneruskan penerokaan mereka untuk topik ini. untuk jawapan betul dan salah, anda boleh juga menggunakan smiley happy and sad.. overall bagus... tahniah ;p

aidayusniza said...

salam...tahniah kepada ahli kumpulan ini kerana telah berjaya mereka rancangan pengajaran yang menarik dan sesuai untuk kanak - kanak.
blog yang banyak maklumay untuk dikongsi dengan rakan - rakan...banyak animasi dan warna yang ceria..tahniah diucapkan..

nurul said...

menarik...
aktiviti yang cuba diketengahkan..
cuma pada pandangan saya link untuk jawapan salah dan betul boleh diganti sperti muka smiley sedih dan gembira agar kanak-kanak mudah faham..
keseluruhan rancangan penagjaran adalah baik..

missgee said...

hye gurlz!!
tahniah sbb dpt bt satu RP yg menarik...
tp kn, ms gamez tue kalau boleh cuba fokuskan pd haiwan2 berkenaan shj... tkt kanak2 keliru antra haiwan kt zoo dgn haiwan ternakan...
syabas krn dpt mencipta satu blog yg menarik!! :)

Anonymous said...

Aktiviti menarik tapi dalam langkah 6, adakah kanak-kanak akan bertukar kad haiwan secara kumpulan atau individu? Kedua-dua cara boleh dilakukan. Tapi jika kad ditukar secara berkumpulan, pengawalan kelas lebih senang. Namun, jika kanak-kanak bertukar secara individu, kanak-kanak dapat memilih kad haiwan yang mereka nak. Selain itu, boleh diselitkan juga adab meminta dan menerima sesuatu, seperti mengucap "terima kasih" apabila menerima kad haiwan daripada rakan mereka.

mahfuzah said...

Salam..tuk semua ahli kump ni. So far, K.za rasa blog group ni nmpk cantik dan ceria serta dpt menarik p'hatian KK. Emm..mcmana nk masukkan table dlm blog ni ye?nanti ajar tau! :)K.za cuma nk bg cdngan skit je, apa kata p'kataan "BETUL" dan "SALAH" tu ditukarkan kpd smiley or bunyi haiwan tu sendiri bila KK dpt m'jwb soalan dgn betul. Anyway, good job!

hanamichi said...

salam pd semua... tahniah kerana mempunyai satu idea yg bagus. idea teka bunyi melalui bunyi binatang dan gambar sangat menarik. both of all well done for ur group.

norazilah ramly said...

salam mira & the gang..RP yg menarik, enjoys & seolah2 nmpak real coz icon haiwan
yg ditunjukkan pun bergerak2. at least dpt tarik perhatian knk2 utk tahu
& kenal lbh dekat lg ttg tema haiwan ni. then,
background pun nice, sesuai ngan tema..hehhe hijau kn nmpk evergreen..wateva, well done!

azirah azizul said...

salam...RP ni bagus....tp untuk langkah 2....anda perlu jelaskan sedikit kot....sbb kanak-kanak duduk di komputer masing-masing untuk apa??? mungkin anda boleh ckp kanak-kanak mengambil tempat masing-masing untuk bermain aktiviti seterusnya.... dan selalunya di prasekolah sukar untuk menyediakan komputer kepada setiap kanak-kanak...

sizukacute sizukacute said...

syazwani raseli//

slm..tahniah krn berjaya meranc rp yg menarik serta bagus ni..lawa la background kaler ijau...suke2..bolg sy pn kaler ijau...hehhe..
erm..sy rs akt yg diranc boleh mencapai objektif yg ditetapkan..cuma mcm byk sgt akt..akt tu kena ada turutan daripada akt 1 hingga ke aktiviti akhir dan perlu bermula dari sengan ke susah...klu blh kurangkan sedikit akt tu sbb klu just 2minit, knk2 xsmpt nk buat ape pn, ckgu pn blum habis ckp lg klu dalam situasi sebenar la..heheh...pemilihan gambar yg bergerak menarik perhatian knk2..gud2!..sory jika terkasar bhs..TQ>>

dunia Kirana said...

salam..
pemilihan RP yang baik..rasa2 Rp ini dah ok.mgkin peruntukan masa yang terlalu singkat. boleh menyebabkan kanak-kanak menjadi kelam-kabut sewaktu pertukaran aktiviti. tahniah..thanks

nuranis said...

salam...rancangan pengajaran yang menarik dan bagus..aktiviti yang dirancang juga menarik minat kanak-kanak.. just nak tambah penambahbaikan, ape kate perkataan "betul" dan "salah" digantikan dengan smiley..ape2 pn tahniah..RP yang baik :>

Ati said...

Salam..tahniah diucapkan kpd meera n rakan2..RP yg bagus n menarik.akt 1 menguji ketajaman pendengaran kanak2.keadaan ini dpt meningkatkan kemahiran mendengar kanak2.selain itu,kanak2 jg melakukan sndr akt tsbt.di sini,pembelajaran scr hands on tlh dipraktikkan oleh guru.seterusnya,akt lakonan membolehkan kanak2 bergerak scr bebas mengikut daya kreativiti msg2..overall,akt yg dirancang menyeronokkan.well done n best of luck!!

siti fatimah said...

salam...tahniah utk kump korang...RP yg sgt menarik..bermula dr set induksi hingga penutup..ct lihat RP kump korang ada flow...xtvt interkatif yg dimasukkan juga blh menarik minat kanak-kanak krana kanak2 dpt didedahkan dgn penggunaan ict..pastu lg 1 nk komen psl template ni..cute sgt..n sememangnya sesuai utk knk2..n pd sy kump anda menggunakan blog ni sbg medium utk mengajar dgn sebaik mungkin..ape2 pn tahniah..

ღerYmaღ said...

SALAM...PERHATIAN KEPADA ANDA DAN AHLI KUMPULAN..
BLOG KUMPULAN 11 (http://fantaghirokids.blogspot.com) TELAH MENGALAMI SEDIKIT KESILAPAN TEKNIKAL YANG MENYEBABKAN POSTING UTK RP TELAH TER'DELETE' SEKALIGUS HILANG TERUS KOMEN-KOMEN DARIPADA RAKAN-RAKAN SEBELUM INI. KINI IA TELAH DIBINA SEMULA DAN KAMI MENGHARAPKAN KOMEN SEMULA DARIPADA RAKAN-RAKAN PPS215 SEKALIAN. SEGALA KESULITAN ADALAH TIDAK DISENGAJAKAN DAN AMAT DIKESALI. KOMEN RAKAN-RAKAN AMATLAH KAMI ALU-ALUKAN. TERIMA KASIH. HARAP MAKLUM. (",)

natasha hidayah said...

salam...tahniah krn dpt mghsilkn satu rp yg baik. aktiviti mengecam bunyi haiwan bagus untuk meningkatkan tahap pndngran kk. pggunaan gmbr yg brgerak jg bgus krn dpt menarik mnt kk krn kk sukakn benda yg bergerak.

noratikah said...

salam..blog ni cantik dan menarik..rp nye pun bgus..cume dlm langkah 2, klu dlm pengajaran sebenar agak sukar guru utk mengawal knk2 kerana mereka diberikan kmputer setiap seorang..wlu bgaimanapun jika guru mempunyai ramai pembantu mgkin ia dpt dilaksanakan..apa pun tahniah..rp anda menarik

eyma deen said...

salam...tahniah kpd semua ahli kumpulan...RP yang menarik...layout pun ceria sesuai untuk kanak2...gambar animasi dapat menarik minat kanak2...good job...

zareen said...

salam semua...layout cantik..gambar animated pun menarik..klau boleh letakkan perkataan betul atau salah utk gantikan 'smiley'..TQ

iezan said...

salam...layout cantik, ceria....aktiviti pun menarik...just untuk wane perkataaan bagi ayat "PILIH GAMBAR YANG SAMA DENGAN BUNYI" tu klu boleh guna wane yang lebih contrast sket dengan latar coz wane biru laut tu menyebabkan tulisan kurang jelas...pepepun keep up a good job...

dunia pendidikan said...

salam..RP yang menarik n best bcz bunyi-bunyian mampu meransang tumpuan kanak-kanak. untuk penambahbaikan, mungkin perkataan betul dan salah tu boleh diganti dengan simbol pangkah dan betul ataupun pic memek muka snyum dan nangis. lg best cz knk2 cba nk dptkan pic tu..kalau tak pun boleh juga tunjuk animation tepuk tangan ke, letupan bunga api k....TQ ats kjsama u all bwt blog yg mnarik.

Haslinda bt Othman said...

salam..hi mira and da geng..blog anda menarik..rp yang bagus dan layout pun menarik..penggunaan warna juga menarik perhatian kanak-kanak. Game pada aktiviti satu simple dan menarik. Cuma game pada aktiviti dua agak rumit. Terdapat banyak bunyi haiwan yang kanak-kanak masih belum kenal. Mungkin anda boleh tukarkan kepada game lain..papepun tahniah~

Liyana Zainol said...

Salam..RP yang ringkas tetapi bagus untuk KK.Tahniah buat kump ni.Melalui RP ni, KK dapat menajamkan deria pendengaran mereka utk mengecam bunyi2 haiwan. selain itu, saya rasa kump ni boleh tukarkan jawapan yg diberikan semasa aktiviti iaitu 'salah' atau 'betul' dengan ikon lain seperti smiley, bintang dan sebagainya yg dapat memberikan peneguhan positif kpda KK,yg lain saya rasa ok. Gud luck utk tugasan seterusnya..

ct comeell said...

ringkas dan menarik. cuma untuk perkongsian dengan rakan-rakan yg lain, boleh tak masukkan video rakaman haiwan. guru pasti lagi senag untuk mengajar kanak-kanak. terima kasih

@L@$uHa!La said...

salam dan tahniah untuk ahli kumpulan ini. pada pandangan saya RP kumpulan ini menarik. kanak-kanak akan memahami dengan baik apa yang cuba disampaikan. RP mengenai haiwan sangat dekat dengan kanak-kanak. penggunaan bunyi dan gambar yang berwarna akan mengekalkan minat kanak-kanak. cuma seperti rakan yang lain, saya juga bersetuju supaya icon untuk betul dan salah ditukarkan dengan muka smiley kerana ia boleh menjadi motivasi kepada kanak-kanak selain perkataan betul dan salah yang tidak memabawa erti kepada kanak-kanak.

angsana said...

salam..
Rp da bgus dan menarik..
cuma sy rs lgkh 5 tue masa xsesuai coz 2 minit je..terlampau singkat masa..
coz stp kump kn lakonkan aksi dan bunyi haiwan skali..amik masa gk..2 minit sy rs xcukup..
btw thniah atas usaha kump ni myiapkn RP..
good job!!

faizah@ayu said...

salam..hai..aktiviti dan layout korang cantik dan menarik... cuma pastikan kanak-kanak dapat beza masa untuk permainan mencukupi serta arahan yang jelas..guna peneguhan positif kalau kanak-kanak dapat jawab betul seperti bintang, icon smile dan sebagainya..elakkan guna peratus seperti 50% atau 20%...takut kanak-kanak hilang motivasi..

:: pda :: said...

salam mira dan rakan-rakan...RP yang dirancang memang menarik terutamanya bila mengajar mengenai binatang. melalui tayangan video melawat ke zoo juga memang sesuai kerana kanak-kanak suka kepada sesuatu yang real n nyata seterusnya menambahkan pengalaman sedia ada mereka. tentu ada di antara kanak-kanak yang tidak pernah pergi ke zoo, dengan menonton video tersebut mereka akan lebih jelas dam dapat pengetahuan baru. pastikan masa yang diperuntukkan untuk setiap aktiviti sesuai dan tidak terlalu pendek untuk mereka melakukan aktiviti. penggunaan simbol smiley tu bagus juga sebenarnya sebab kanak-kanak akan lebih mengenali emosi dan dapat mengaitkan emosi tersebut dengan jawapan yang diberikan. secara keseluruhannya rp yang bagus dan menyeronokkan...tahniah kepada kumpulan ini...

my blog said...

salam,hai....rp kumpulan ni menarik kerana banyak menggunakan gambar haiwan yang bergerak.tetapi bg aktiviti mneka bnyi tersebut,ikon betul dan salah akan lbih menarik jika ditukrkan dengn smiley atau byi tepukan dan sebagainya supaya kanak-kanak nampak lebih jelas. apa-apa pun thniah untuk kump 12.....truskan usaha..

Chenta Mizza said...

tahniah kerana blog anda begitu menarik dan ceria.link yang disediakan untuk aktiviti seterusnya sangat menarik tetapi semasa aktiviti melakonkan pergerakan haiwan. adalah lebhi baik guru menunjukkan video cara-cara haiwan bergerak juga..heheh..pape pun syabas betey

*sha* said...

salam..rancangan yg best..tp saya nak bagi cadangan sikit...guru boleh letakkan video haiwan yang sedang membunyikan bunyi nyer..seperti lembu sedang mengembuu..

siti fatimah said...

salam...rp yang best sbb knk2 dpt dgr bunyi haiwan kemudian meneka..ini memrlukan kepekaan deria bunyi utk padankan dgn gmbr haiwan..so, rp ni mmg menarik..pastu klau blh mskkan skali video yang ada haiwan yg sedang membunyikan bunyinya..so, knk2 akn bljr lbh lg..
ape2 pn gud luck..

syangelina said...

salam..
pertamanya, usaha u all memang bagus untuk dapatkan aktiviti permainan bunyi. mungkin dalam bahasa inggeris, arahannya tak begitu jelas, tapi atas bimbingan guru, kanak-kanak boleh ikuti aktiviti permainan. tapi yang agak keliru, kanak-kanak boleh ke dapatkan komputer untuk masing-masing? rasanya di prasekolah paling maximum pun ade 3 je komputer..so u all kena adjust la rancangan aktiviti, maybe kanak-kanak kena ikut giliran semasa guna komputer..

fatimah sumairi said...

slm
rp yang menarik dapat meningkatkan kecerdasan muzikal kanak-kanak dalam aktiviti meneka bunyi haiwan..pada pandangan saya boleh juga meletakkan video pergerakan haiwan sebenar selepas melakonkan pergerakan haiwan tersebut untuk memberi pendedahan kepada dunia haiwan sebenar

Anonymous said...

tolong bagi senarai binatang dengan bunyi . tq

rosstaylor505 said...

I definitely enjoying every little bit of it. It is a great website and nice share. I want to thank you. Good job! You guys do a great blog, and have some great contents. Keep up the good work.
Link permainan online 188bet

rosstaylor505 said...

I am always searching online for articles that can help me. There is obviously a lot to know about this. I think you made some good points in Features also. Keep working, great job!
스포츠방송

Unknown said...

Great post full of useful tips! My site is fairly new and I am also having a hard time getting my readers to leave comments. Analytics shows they are coming to the site but I have a feeling “nobody wants to be first”.
토토사이트

Post a Comment