RANCANGAN PENGAJARAN
Kelas | Bestari |
Tarikh | 10 Februari 2009 |
Masa | 10.30 – 11.00 pagi |
Bilangan pelajar | 20 |
Komponen | Kreativiti dan estetika |
Tema | Haiwan di zoo |
Tajuk | Bunyi haiwan |
Hasil pengajaran (Kurikulum) | 3.1.2 Mengecam bunyi haiwan |
Objektif umum | Pada akhir pengajaran, kanak-kanak dapat : a. Mengecam dan membeza bunyi haiwan. |
Objektif khusus | Pada akhir pengajaran, kanak-kanak dapat : a. Mengecam bunyi-bunyi haiwan. b. Membezakan bunyi-bunyi haiwan. |
Pengetahuan sedia ada pelajar | Pelajar sudah mengenal nama dan fizikal haiwan |
Bahan-bahan | Video, kad gambar (harimau, ular, kuda, gajah, dan burung hantu), lirik lagu ‘bunyi haiwan’ dan blog. |
Komponen Integrasi | Sosioemosi, kognitif, fizikal, serta bahasa dan komunikasi |
LANGKAH PENGAJARAN
Langkah/ Masa | Kandungan Pengajaran | Aktiviti Guru | Aktiviti Pelajar | Nota |
Set Induksi ( 3 minit ) | Tayangan video | Guru menunjukkan video haiwan-haiwan yang terdapat di dalam sebuah zoo kepada kanak-kanak. Guru bersoal jawab tentang haiwan-haiwan yang terdapat di dalam video. | Kanak-kanak melihat video yang ditunjukkan oleh guru dengan teliti. Kanak-kanak bersoal jawab dengan guru tentang haiwan yang terdapat di dalam video | Lampiran 1-video dan contoh soal jawab |
Langkah 1 ( 3 minit ) | Mendengar bunyi | Guru meminta kanak-kanak melihat dan mendengar bunyi-bunyi haiwan yang ditunjukkan oleh guru. | Kanak-kanak melihat dan mendengar bunyi-bunyi haiwan yang ditunjukkan oleh guru. | Bunyi haiwan-harimau, ular, kuda, gajah, dan burung hantu. |
Langkah 2 ( 2 minit ) | Mengambil tempat | Guru meminta kanak-kanak duduk di tempat komputer masing-masing. | Kanak-kanak duduk di tempat komputer masing-masing. | Blog telah dipaparkan di skrin komputer. |
Langkah 3 ( 8 minit ) | Aktiviti blog | Guru meminta kanak-kanak mengecam bunyi haiwan yang terdapat di dalam blog. | Kanak-kanak mengecam bunyi haiwan yang terdapat di dalam blog | |
Langkah 4 ( 2 minit ) | Pembahagian kumpulan | Guru mengagihkan kad haiwan (kuda, harimau, gajah, burung hantu dan ular) kepada kanak-kanak. Guru meminta kanak-kanak membentuk kumpulan mengikut kad haiwan yang diperoleh. | Kanak-kanak menerima kad haiwan dan membentuk kumpulan mengikut kad haiwan yang diperoleh. | 5 kumpulan dibentuk (kuda, harimau, gajah, burung hantu dan ular) |
Langkah 5 ( 2 minit ) | Melakonkan aksi dan bunyi haiwan | Guru meminta setiap kumpulan melakonkan aksi dan bunyi haiwan mengikut kad haiwan yang dimiliki oleh kumpulan masing-masing. | Setiap kumpulan melakonkan aksi dan bunyi haiwan mengikut kad haiwan yang dimiliki oleh kumpulan masing-masing. | |
Langkah 6 ( 8 minit) | Aktiviti diulang | Guru meminta setiap kumpulan bertukar kad haiwan dan langkah 5 diulang. | Setiap kumpulan bertukar kad haiwan dan langkah 5 diulang. | |
Penutup ( 2 minit ) | Menyanyi lagu ‘ | Guru bersama kanak-kanak menyanyikan lagu ‘bunyi haiwan’. | Kanak-kanak menyanyikan lagu ‘bunyi haiwan’ bersama guru. | |
0 comments:
Post a Comment