untuk mendengar
bunyi haiwan


RANCANGAN PENGAJARAN
Kelas | Bestari |
Tarikh | 10 Februari 2009 |
Masa | 10.30 – 11.00 pagi |
Bilangan pelajar | 20 |
Komponen | Kreativiti dan estetika |
Tema | Haiwan di zoo |
Tajuk | Bunyi haiwan |
Hasil pengajaran (Kurikulum) | 3.1.2 Mengecam bunyi haiwan |
Objektif umum | Pada akhir pengajaran, kanak-kanak dapat : a. Mengecam dan membeza bunyi haiwan. |
Objektif khusus | Pada akhir pengajaran, kanak-kanak dapat : a. Mengecam bunyi-bunyi haiwan. b. Membezakan bunyi-bunyi haiwan. |
Pengetahuan sedia ada pelajar | Pelajar sudah mengenal nama dan fizikal haiwan |
Bahan-bahan | Video, kad gambar (harimau, ular, kuda, gajah, dan burung hantu), lirik lagu ‘bunyi haiwan’ dan blog. |
Komponen Integrasi | Sosioemosi, kognitif, fizikal, serta bahasa dan komunikasi |
LANGKAH PENGAJARAN
Langkah/ Masa | Kandungan Pengajaran | Aktiviti Guru | Aktiviti Pelajar | Nota |
Set Induksi ( 3 minit ) | Tayangan video | Guru menunjukkan video haiwan-haiwan yang terdapat di dalam sebuah zoo kepada kanak-kanak. Guru bersoal jawab tentang haiwan-haiwan yang terdapat di dalam video. | Kanak-kanak melihat video yang ditunjukkan oleh guru dengan teliti. Kanak-kanak bersoal jawab dengan guru tentang haiwan yang terdapat di dalam video | Lampiran 1-video dan contoh soal jawab |
Langkah 1 ( 3 minit ) | Mendengar bunyi | Guru meminta kanak-kanak melihat dan mendengar bunyi-bunyi haiwan yang ditunjukkan oleh guru. | Kanak-kanak melihat dan mendengar bunyi-bunyi haiwan yang ditunjukkan oleh guru. | Bunyi haiwan-harimau, ular, kuda, gajah, dan burung hantu. |
Langkah 2 ( 2 minit ) | Mengambil tempat | Guru meminta kanak-kanak duduk di tempat komputer masing-masing. | Kanak-kanak duduk di tempat komputer masing-masing. | Blog telah dipaparkan di skrin komputer. |
Langkah 3 ( 8 minit ) | Aktiviti blog | Guru meminta kanak-kanak mengecam bunyi haiwan yang terdapat di dalam blog. | Kanak-kanak mengecam bunyi haiwan yang terdapat di dalam blog | |
Langkah 4 ( 2 minit ) | Pembahagian kumpulan | Guru mengagihkan kad haiwan (kuda, harimau, gajah, burung hantu dan ular) kepada kanak-kanak. Guru meminta kanak-kanak membentuk kumpulan mengikut kad haiwan yang diperoleh. | Kanak-kanak menerima kad haiwan dan membentuk kumpulan mengikut kad haiwan yang diperoleh. | 5 kumpulan dibentuk (kuda, harimau, gajah, burung hantu dan ular) |
Langkah 5 ( 2 minit ) | Melakonkan aksi dan bunyi haiwan | Guru meminta setiap kumpulan melakonkan aksi dan bunyi haiwan mengikut kad haiwan yang dimiliki oleh kumpulan masing-masing. | Setiap kumpulan melakonkan aksi dan bunyi haiwan mengikut kad haiwan yang dimiliki oleh kumpulan masing-masing. | |
Langkah 6 ( 8 minit) | Aktiviti diulang | Guru meminta setiap kumpulan bertukar kad haiwan dan langkah 5 diulang. | Setiap kumpulan bertukar kad haiwan dan langkah 5 diulang. | |
Penutup ( 2 minit ) | Menyanyi lagu ‘ | Guru bersama kanak-kanak menyanyikan lagu ‘bunyi haiwan’. | Kanak-kanak menyanyikan lagu ‘bunyi haiwan’ bersama guru. | |
2 comments:
satu leson plan yang menarik
dengan gambar yang menarik
kanak-kanak akan lebih berminat untuk lebih tahu dan aktif mengambil bahagaian dalam aktiviti
salam
rancangan mengajar menarik...pada pandangan saya gambar yang digunakan menarik tetapi kecil..penggunaan gambar yang besar akan lebih menarik minat kanak-kanak...ada unsur kognitif dan kinestetik dalam rp...boleh juga selitkan video pergerakan haiwan sebenar selepas melakonkan aksi haiwan tersebut....untuk menarik kanak-kanak mengenali dengan lebih dekat pergerakan sebenar haiwan yang ditiru melalui video.....
Post a Comment